Wednesday 15 May 2013

Koop-Program Tukar 2013

15 Mei 2013 (Rabu)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM telah membuat lawatan ke Kedai Koperasi Institiut Perguruan Tun Hussein Onn Berhad. Tujuan lawatan ini ialah  menawarkan  kepada KOIPTHO program tukar 2013.Program ini  bertujuan untuk memodenkan Kedai Runcit (TUKAR). Di bawah program TUKAR 2013, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melantik Felda Trading Sdn. Bhd (FTSB) sebagai pelaksana program TUKAR.

Konsep program ini ialah
  • Sistem Point of Scale (POS)
  • Planogram
  • Akses internet
  • Signboard TUKAR dan COOPMART"

Pengerusi dan Setiausaha KOIPTHO

Pengurus Kedai KOIPTHO bersama dua pekerja
 Bagi melaksanakan progeam ini, beberrpa syarat yang telah ditetapkan oleh SKM perlu dipatuhi. Antara syarat-syarat tersebut ialah
  1. Bersetuju melantik FTSB sebagai pelaksana ke atas kerja-kerja ubah suai dan penyediaan peralatan.
  2. Bersetuju menjual produk COOP 1 M.
  3. Bersetuju memohon pembiayaan daripada SKM sama ada bantuan atau  pinjaman TMP atau kedua-dua sekali bagi tujuan yang sama. Pinjaman TMP RM50,000.00 tanpa cagaran daripada SKM adalah untuk tujuan pembelian stok barang dan modal pusingan.
  4. Bersetuju membuat bayaran ke atas kos tambahan(jika ada) sebanyak 60% dengan jumlah yang telah dipersetujui bersama antara FTSB dengan koperasi.
  5. Bersetuju membuat pembayaran kepada FTSB setelah proses TUKAR siap sepenuhnya melalui pembiayaan yang diluluskan oleh SKM.
  6. Bersetuju menghantar laporan jualan awal setiap bulan kepada SKM.
  7. Bersetuju memberi kerjasama kepada FTSB dan kontraktor semasa kerja TUKAR dijalankan.
  8. Bersetuju mematuhi ciri-ciri standard pemodenan kedai TUKAR yang telah ditetapkan oleh SKM terutama dari segi pengunaan sistem Point of Sale (POS) dan susuntur barang.
  9. Bersetuju mengikut  sebarang latihan/kursus yang dianjurkan oleh SKM dari masa kesemasa.
  10. Bersetuju mematuhi apa-apa  syarat yang dikenakan oleh SKM dari masa kesemasa  bagi menjayakan sektor peruncitan am.
Bendahari bersama Pengurus Kedai dan dua pekerja


Pegawai SKM Batu Pahat sedang memberi penerangan

Bagi merealisasikan kejayaan pelaksanaan TUKAR bagi tahun 2013, koperasi KOIPTHO perlu membuat permohonan bagi pembiayaan atas kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pengerusi Koperasi berbincang dengan Timbalan Pengarah SKM Johor

Mesyuarat di kalangan pegawai SKM
Renovasi dan Peralatan
  1. Cat luar dan dalam yang standard.
  2. Pendawaian dan pencahayaan dalaman kedai.
  3. Signboard + logo TUKAR
  4. Rak di belakang kaunter
  5. Kaunter
  6. Peralatan gondola
  7. Stiker peti ais
  8. Stiker kaunter
  9. Upan kerja menyusun
  10. Kos runding cara
Pengerusi berbincang dengan kontraktor

SISTEM (KWAP-Tertakluk kepasa Sebut Harga)
  1. Sistem POS + Backroom w/scanner
  2. Pendaftaran bayaran bil setempat

STOK (TMP-Maksimum-RM50,000.00
  1. Bergantung kepada berapa banyak SKU yang dibekalkan


Bahagian hadapan pintu masuk koperasi KOIPTHO

Bahagian sisiKedai  KOIPTHO

Susun atur barang di kedai Koperasi

Berbincang dengan Pegawai SKM Pusat