Wednesday 25 May 2016

Visi, Misi dan Objektif Koperasi



Visi Koperasi

Meningkatkan layanan yang optima untuk peningkatan kesejahteraan Anggota

Misi Koperasi


  1. Meningkatkan profesionalisme pengelolaan Koperasi  (Anggota, Pengurus, Anggota Lembaga dan Pelanggan)
  2. Meningkatkan mutu dan tadbir urus  yang telus dan akauntabel.
  3. Meningkatkan pengelibatan aktif anggota sebagai pemilik koperasi.
  4. Meningkatkan pengelibatan aktif anggota sebagai pengguna perkhidmatan  Koperasi.
  5. Mengoptimakan sumber daya yang ada untuk meningkatkan perkhidmatan dan usaha  Koperasi.
  6. Mejalin usaha kerjasama dari pelbagai pihak dalam rangka pengembangan koperasi

(DRAF)

Kedai Koperasi dan Cafe Berwajah Baru


Tahun 2016 merupakan tahun mencabar bagi KOIPTHO Batu Pahat Bhd. Pelbagai rancangan telah diatur dan cuba dilaksanakan. Di antaranya Prasarana Kedai Koperasi IPTHO dan Cafe diubah wajah. Cafe Koperasi ini mula beroperasi mulai 1 Mac 2016. Sambutan  daripada pelanggan amat menggalakkan. Tahniah kepada ALK yang telah bertungkus lumus  untuk merealisasikan kewujudan Cafe Koperasi .


Kedai Koperasi IPTHO Batu Pahat Bhd
\

Pandangan hadapan  Kedai Koperasi

Laluan ke Cafe Koperasi


Iklan Menu Utama  Cafe

Ruang bersantai di Cafe Koperasi


Bilik VIP Cafe

Pelbagai jenis menu terjual di Cafe ini

Kaunter Cafe Koperasi




Tuesday 24 May 2016

Keanggotaan Koperasi Berakhir 31/01/2016







Catatan: Data  di atas adalah kedudukan  anggota dan jumlah saham teraudit  berakhir 31/01/2016.. Sebarang masalah yang timbul boleh di rujuk kepada Ahli Lembaga Koperasi IPGKTHO Batu Pahat Berhad.


Asas Pengurusan Untuk Kerani Koperasi

Kursus Asas Pengurusan untuk Kerani Koperasi telah diadakan pada 21/12/2015 hingga 23/12/2015 bertempat di Hotel Tropical Inn, Jalan Gereja, Johor Bahru. Kursus ini dilaksanakan  selama 2 hari. Penganjur telah menyediakan  bahan edaran kursus dan juga penginapan kepada peserta yang tinggal melebihi 25 km. Kursus ini telah dihadiri seramai 38 orang  peserta dari  Koperasi seluruh negeri Johor.


Pensyarah MKM sebagai fasilitator  sedang  menyampaikan penerangan berhubung Latihan Dalam Kumpulan yang akan dijalankan.


Sebahagian peserta kursus bergambar sebagai kenangan di luar  Meeting Room Hotel Troipical Inn, Johor Bahru
 Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan  dilaksanakan. Suasana menjadi riuh rendah ketika sesi ini dilaksanakan.
Penghulu Kursus  iaitu En. A. Latif  daripada Koperasi  daerah Muar (Menjalankan perniagaaan Kedai Gambar) bersama En. Musa dari Koperasi Pasir Gudang, Johor Bahru.



Contoh Sijil Asas Pengurusan Untuk Kerani Koperasi

Bengkel -E-Niaga

Bengkel E-Niaga telah diadakan pada 01/11/2015 hingga 41/11/2015. Kursus ini diadakan selama 4 hari di Makmal Siber Maktab koperasi Malaysia Cawangan selatan di Jalan Dhobby, Johor Bahru. Peserta terdiri daripada anggita dan ALK koperasi negeri Johor dan Melaka. Kursus telah dijalankan oleh pensyarah MKM yang berpengalaman.

Di sini, kemudahan komputer disediakan bagi para peserta kursus. Peserta diajar mengenai  perniagaan on-line. Peserta membuat Web berkaitan khususnya produk yang hendak dipasarkan. Cara-cara pemasaran secara on-line didedahkan kepada pesert akursus.


Peserta  Kursus Bengkel E-Niaga 2015


Di Makmal Zon Siber, MKM Jalan Dhobby, Johor Bahru


 En. Sulaiman seorang peserta  dari Koperasi  Sri Kembangan, Serdang

 Para peserta kursus khusuk membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah



En. Mohd Mohtari dari Koperasi IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Bhd.


Contoh Sijil Bengkel E-Niaga



Monday 23 May 2016

Kursus Penyediaan Belanjawan

Kursus Penyediaan Belanjawan Koperasi telah diadakan di Hotel New York pada 5/4/2016 hingga 6/5/2016 di Hotel New York. Kursus ini memfokeskan  tyopik berkaitan dengan penyediaan Belanjawan Tahunan Koperasi. Ini termasuk bagaimana  hendak menyediakan Penyata Aliran Tunai sesebuah Koperasi.
koperasi IPG Tun Hussein Onn batu Pahat telah disertai oleh Muhammad Amin Simon bagi mengikuti kursus ini. Kursus ini sangat berfaedah kepada koperasi terutama dalam penyediaan  Anggaran Belanjawan Tahunan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.



Peserta Kursus Penyediaan Belanjawan Tahunan




Penyata Aliran Tunai



Slaid  Penyata Aliran Tunai Koperasi




Peserta dari  Koperasi IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Berhad menyertai kursus ini




Contoh Sijil Penyediaan Belanjawan Koperasi





Sunday 22 May 2016

Contoh Sijil Kursus MKM



Contoh Sijil  Kursus Wajib 1

Dalam kursus Wajib 1 pula peserta didedahkan dengan pengurusan sesebuah Koperasi. Akta Koperasi dan Undang-Undang Kecil dihuraikan secara terperinci. Peserta mesti tahu  tadbir urus sesebuah koperasi. Ini bertujuan untuk membolehkan seszebuah koperasi ditadbir dengan baik dan berintegriti.


Contoh Sijil Kursus Wajib 2
Kursus Wajib 2 adalah berkaitan dengan Pengurusan Kewangan Koperasi. Peserta didedahkan  bagai mana  memahami  Penyata Aliran Tunai dalam sesebuah Koperasi. Begitu juga wang keluar dan juga wang masuk amat ditekankan dalam kursus ini.




Contoh Sijil Kursus Wajib 3

Kursus Wajib 3 berkaitan dengan Pengurusan Strategik. Peserta didedahkan dangan  Pengurusan Strategi, Analisis persekitaran organisasi, analisis SWOT. Di samping itu penekanan juga kepada Visi, Misi dan Objektif  sesuatu Koperasi.



Cover Fail Sijil-Bahagian Hadapan


Cover Fail-Bahagian Belakang












Kursus Wajib 2- Pengurusan Kewangan




Contoh Sijil Pengurusan Kewangan Koperasi



Bahan Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi dalam format doc, pdf dan ppt. Sila Klik Pilihan Anda.



Kursus Wajib 3-Perancangan Strategik


Kursus Wajib 3- Pengurusan Strategik  telah diadakan pada 26/10/2015 hingga 27/102015 di Hotel Tropical Inn, Jalan Gereja Johor Bahru. Peserta kursus terdiri daripdada anggota dan ALK Koperasi di negeri Johor. Seramai 89 orang telah menghadiri kursus ini.

Koperasi IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Berhad telah  menghantar wakilnya untuk mengikuti kursus ini. Mereka ialah
  1. En. Zelkepli bin Shahrom
  2. Pn. Noridathi
  3. En. Muhammad Amin bin Simon

Peserta didedahkan maklumat berkaitan dengan  topik pengenalan pengurusan strategik, analisis persekitaran organisasi dan juga  penggunaan analisis SWOT dalam menentukan hala tuju Koperasi. Penekanan juga diberii terhada, Visi, Misi dan Objektif Koperasi. Begitu juga pengisian aktiviti dalam menjana ekonomi sesebuah Koperasi.


Jadual Kursus Wajib 3 -Pengurusan Strategik oleh Maktab Koperasi Malaysia






Pengarah Koperasi Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Abd Rahman bin Abdul Razak Shaik telah hadir bersama merasmikan Kursus  Pengurusan Strategik (Wajib 3)  pada sesi ini di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru.


Gimik  perasmian  Pengurusan Strategik




Contoh Sijil Pengurusan Strategik (Wajib 3)



Bahan  Kursus Pengurusan Strategik dalam format doc, ppt dan pdf. Sila  klik pilihan anda.





Friday 20 May 2016

Takwim Kursus 2016

Kursus Kenali Komputer dan MS Words


Kursus Kenali Komputer dan MS Word telah diadakan pada 29/2/2016 hingga 03/03/2016 bertempat  di Bilik Zon Siber , Maktab Koperasi Zon Selatan , Jalan Dhobby, Johor Bahru.Seramai 28 peserta kursus  yang terdiri daripada pelbagai koperasi di Zon Selatan (Negeri Sembilan. Melaka dan Johor) menyertai kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh pensyarah ICT yang berpengalaman dalam bidangnya.


En. Mohd Mohtari bin Mesrom dari Koperasi IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat

Kursus ini menekankan tentang pengenalan komputer. Ini termasuklah penyediaan asas sesebuah komputer termasuk keyboard, monitor, CPU dan lain-lain lagi. Sementara bahagian kedua pula mengenai  perisian MS Word langkah demi langkah diperkenalkan kepadda para peserta kursus. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta memantapkan diri berkaitan dengan penggunaan komputer di kalangan peserta koperasi.


Peserta kursus sedang khusuk menimba ilmu pengetahuan

Peserta dari Koperasi  IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Berhad mengikuti kursus ini.

Muhammad Amin Simon dari Koperasi IPG Tun Hussein Onn Bhd


Seorang lagi peserta kursus  Koperasi IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Berhad berada di  Makmal Zon Siber MKM Zon Selatan di Jalan Dhobby, Johor Bahru


Contoh Sijil Kenali Komputer dan MS Words


Berikut adalah bahan-bahan kursus dalam  bentuk power point, pdf dan doc. Sila klik pilihan anda.



Kursus Penyediaan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi





 Kursus ini telah diadakan  pada 16 Mei 2016 hingga 28 Mei 2016 bertempat di Hotel New York, Johor Bahru. Peserta kursus terdiri daripada anggota dan ALK daripada pelbagai Koperasi di Zon Selatan iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Seramai 32 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh pensyarah dari Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan. Peserta didedahkan dengan teori dan amali khususnya yang berfokus kepada  persediaan sebelum, semasa dan selepas  aktiviti  Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi. Di akhir kursus ini sesi amali telah dilaksanakan. Peserta diberi situasi masalah dan dikehendaki menjalankan mesyuarat agung  menyerupai situasi sebenar. Ternyata kaedah ini dapat memberi kesan  yang baik kepada peserta kursus. Sesi amali telah tamat pada 18 Mei 2016 pukul 5.30 petang. Peserta  telah diberi sijil kursus yang disampaikan oleh Penyelaras Kursus MKM sendiri.




 Kursus Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi  anjuran Maktab Koperasi Malaysia


 Bilik yang disediakan oleh pihak penganjur di Hotel New York , Johior Bahru


Peserta Simulasi  Mesyuarat Agung Tahunan.Pengerusi Koperasi Link Up mengadakan  simulasi mesyuarat Lembaga

Peserta simulasi di meja  pendaftaran  anggota yang hadir



 Meja Pendaftaran anggotayang hadir dalam simulasi



Majlis penutup oleh pihak penganjur Maktab Koperasi Malaysia


Tok Penghulu  Kursus  ( Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka)



Peserta simulasi mendaftar diri  (Koperasi Simulasi Link Up Berhad)




Contoh sijil  Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi



Bahan  kursus  Penyediaan Mesyuarat Agung Koperasi (Sila Klik pilihan anda)