Tuesday 24 May 2016

Asas Pengurusan Untuk Kerani Koperasi

Kursus Asas Pengurusan untuk Kerani Koperasi telah diadakan pada 21/12/2015 hingga 23/12/2015 bertempat di Hotel Tropical Inn, Jalan Gereja, Johor Bahru. Kursus ini dilaksanakan  selama 2 hari. Penganjur telah menyediakan  bahan edaran kursus dan juga penginapan kepada peserta yang tinggal melebihi 25 km. Kursus ini telah dihadiri seramai 38 orang  peserta dari  Koperasi seluruh negeri Johor.


Pensyarah MKM sebagai fasilitator  sedang  menyampaikan penerangan berhubung Latihan Dalam Kumpulan yang akan dijalankan.


Sebahagian peserta kursus bergambar sebagai kenangan di luar  Meeting Room Hotel Troipical Inn, Johor Bahru
 Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan  dilaksanakan. Suasana menjadi riuh rendah ketika sesi ini dilaksanakan.
Penghulu Kursus  iaitu En. A. Latif  daripada Koperasi  daerah Muar (Menjalankan perniagaaan Kedai Gambar) bersama En. Musa dari Koperasi Pasir Gudang, Johor Bahru.



Contoh Sijil Asas Pengurusan Untuk Kerani Koperasi

No comments:

Post a Comment