Friday 20 May 2016

Kursus Kenali Komputer dan MS Words


Kursus Kenali Komputer dan MS Word telah diadakan pada 29/2/2016 hingga 03/03/2016 bertempat  di Bilik Zon Siber , Maktab Koperasi Zon Selatan , Jalan Dhobby, Johor Bahru.Seramai 28 peserta kursus  yang terdiri daripada pelbagai koperasi di Zon Selatan (Negeri Sembilan. Melaka dan Johor) menyertai kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh pensyarah ICT yang berpengalaman dalam bidangnya.


En. Mohd Mohtari bin Mesrom dari Koperasi IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat

Kursus ini menekankan tentang pengenalan komputer. Ini termasuklah penyediaan asas sesebuah komputer termasuk keyboard, monitor, CPU dan lain-lain lagi. Sementara bahagian kedua pula mengenai  perisian MS Word langkah demi langkah diperkenalkan kepadda para peserta kursus. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta memantapkan diri berkaitan dengan penggunaan komputer di kalangan peserta koperasi.


Peserta kursus sedang khusuk menimba ilmu pengetahuan

Peserta dari Koperasi  IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Berhad mengikuti kursus ini.

Muhammad Amin Simon dari Koperasi IPG Tun Hussein Onn Bhd


Seorang lagi peserta kursus  Koperasi IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Berhad berada di  Makmal Zon Siber MKM Zon Selatan di Jalan Dhobby, Johor Bahru


Contoh Sijil Kenali Komputer dan MS Words


Berikut adalah bahan-bahan kursus dalam  bentuk power point, pdf dan doc. Sila klik pilihan anda.



No comments:

Post a Comment